Cari @ Amanz

Awal pagi ini kami telah melaporkan bahawa Astro tidak lagi akan menyiarkan rangkaian-rangkaian Disney. Ini termasuklah Disney XD, Disney Channel HD dan Disney Junior HD.

Tidak lama selepas itu, Disney turut mengesahkan bahawa mereka akan mengembangkan sayap perkhidmatan penstriman video mereka, Disney+ ke lebih banyak negara di rantau Asia. Selepas Indonesia, nampaknya kini tiba pula giliran Singapura untuk mengalu-alukan kehadiran perkhidmatan tersebut.

Disney telah membuka sebuah akaun Twitter Disney+ khas untuk pasaran Singapura, dan telah mengumumkan bahawa ia akan tiba pada 23 Februari kelak.

Baru-baru ini, Disney juga dilaporkan telah mengambil Ahmad Izham Omar sebagi Ketua Kandungan Disney+ Asia Tenggara. Dengan pengumuman besar yang dilakukan oleh Disney hari ini mengenai siri televisyen dan filem yang akan tiba pada platform tersebut pada tahun hadapan, ia diharap rakyat Malaysia akan boleh melangganinya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd