Cip Qualcomm Snapdragon 678 Diumumkan – Cip 4G Kelas Pertengahan

Cip Qualcomm Snapdragon 678 Diumumkan – Cip 4G Kelas Pertengahan

Diterbitkan pada Dis 16, 2020 oleh .

Qualcomm mengumumkan sebuah lagi cip kelas pertengahan hari ini iaitu Snapdragon 678. Ia adalah model kemas kini kepada Snapdragon 675 dengan perubahan hanya dilakukan pada kelajuan teras utama yang kini beroperasi pada 2.2 GHZ berbanding 2.0 GHz sebelum ini.

Cip ini juga masih lagi menggunakan teknologi 11nm, empat teras utama Cortex A-76 2.2 GHz, empat teras Cortex A55 1.7 GHz dan dipadankan dengan GPU Adreno 612. Peranti boleh menyokong sensor kamera sehingga 48 MP ataupun dwi 16MP. Rakaman video pula adalah sehingga 4K 30p. Sokongan skrin pula adalah sehingga FHD+.

Kerana ia berasaskan Snapdragon 675, Snapdrgon 678 hanya menyokong rangkaian 4G, Bluetooth 5.0, dan WiFi 5.



Paling Popular