Cari @ Amanz

Pada minggu lepas, Louis Camilleri membuat keputusan mengejut dan telah melepaskan jawatan sebagai CEO pengeluar kenderaan mewah, Ferrari. Selari dengannya, kini hadir sejumlah spekulasi berkenaan pengganti untuk jawatan berkenaan.

Melalui laporan Reuters, antara nama yang disebut sebagai calon untuk jawatan berkenaan adalah termasuk CFO Apple, iaitu Luca Maestri, dan juga Jony Ive – bekas pekerja Apple.

Laporan sama turut mengatakan pelantikkan pengganti jawatan berkenaan tidak akan dilakukan secara terburu-buru, tetapi akan mengambil sedikit masa untuk memilih calon yang sesuai.

Ferrari sering dilihat sebagai pengeluar barangan mewah, dan pelantikkan calon ini adalah penting dalam meneruskan legasi syarikat berkenaan. Mengikut perancangan sebelum ini, Ferrari turut menyasarkan untuk memperluaskan jenama mereka ke arena pakaian, aksesori, hiburan, serta perkhidmatan lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd