Cari @ Amanz

Baru sahaja dilancarkan tempoh hari, kini Vivo Y12s dilihat telah mula ditawarkan untuk pasaran tempatan. Dijual dengan tanda harga RM499, anda yang berminat boleh mendapatkannya menerusi pengedar sah dan kedai konsep rasmi Vivo di seluruh Malaysia. Sebagai alternatif, anda juga boleh mendapatkannya di beberapa platform atas-talian seperti Shopee, Lazada dan kedai atas talian rasmi Vivo.

Untuk spesifikasi, Vivo Y12s hadir dengan skrin 6.51-inci IPS LCD HD+, dijana cip pemproses Mediatek Helio P35, memori 3GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri 5,000mAh. Konfigurasi kamera pula terdiri dengan tetapan dwi-kamera utama 13-Megapixel (utama) (f/1.8) + 2-Megapixel (f/2.4). Seterusnya, kamera hadapan pula adalah 8-Megapixel.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd