Cari @ Amanz

Akhir bulan lalu kami melaporkan Samsung sedang membangunkan peranti penjejak objek Galaxy SmartTag. Pagi ini rekaannya tertiris ke arena web selepas melepas laman persijilan Bluetooth Korea.

Peranti berbentuk empat segi dengan bucu yang dibulatkan. Memandangkan SmartTag hanya melepasi pensijilan bluetooth, tidak diketahui sama ada ciri penjejak menerusi UWB, GPS dan LTE akan disokong ataupun tidak. Samsung memasuki pasaran yang dipelopori oleh Tile.

SmartTag juga perlu bersaing dengan Apple AirTags yang juga belum dilancarkan tetapi dengan ciri yang serupa. AirTags kelak akan menyokong teknologi UWB yang memudahkan arah objek dilihat dengan lebih tepat apabila hilang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd