Carian
Reddit Mengambil-Alih Dubsmash – Aplikasi Video Pendek Seumpama TikTok
December 14, 2020 Aman

Reddit, salah satu laman komuniti dan forum terkemuka dunia, kini telah mengambil-alih salah satu aplikasi perkongsian video pendek seumpama TikTok, iaitu Dubsmash. Harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh Reddit.

Pengambil-alihan ini semestinya mengejutkan ramai pihak. Sebelum ini, ia telah diperkatakan Facebook dan Snapchat antara yang sedang dalam perbincangan untuk mengambil-alih Dubsmash. Namun, kini nampaknya Reddit yang berjaya mengambil-alih aplikasi dan mendapatkan komuniti disebaliknya.

Dubsmash akan terus beroperasi seperti biasa, tetapi teknologi dan ciri penghasilan video akan mula diintegrasikan ke dalam Reddit.

Dengan pengambil-alihan ini, kita mungkin akan melihat Reddit turut beralih ke arena video, dan lebih memfokuskan kepada bentuk kandungan yang kini kian mendapat perhatian ramai ini.

Komen