Oppo Turut Memperlihatkan Konsep Ekosistem Aksesori Audio

Oppo Turut Memperlihatkan Konsep Ekosistem Aksesori Audio

Diterbitkan pada Dis 14, 2020 oleh .

Selain konsep peranti skrin okto-lipat yang diperlihatkan pagi tadi, Oppo turut berkongsi konsep aksesori audio yang berfungsi di dalam ekosistemnya tersendiri. Pertama sekali ialah sebuah TWS dengan rekaan seakan huruf C yang boleh disambungkan untuk disimpan di dalam pod pengecas khas.

Pod pengecas ini kemudiannya direka untuk berfungsi dengan sebuah pengecas nirwayar. Terdapat tempa pengecasan khas dalam bentuk pod pengecas. Kedua-dua aksesori ini kemudiannya boleh dipadankan pula dengan sebuah speaker pintar. Bahagian bawahnya mempunyai bentuk yang sama dengan pengecas nirwayar manakala pada bahagian atas terdapat tempat meletakkan pod TWS yang akan turut mengecasnya.

Turut diperlihatkan ialah sebuah jam tangan pintar dengan skrin bujur. Selari dengan konsep ekosistem, TWS boleh dipadankan dengan jam tangan pintar ini. Seperti konsep telefon pintar okto-lipat, kesemua aksesori ini adalah hasil usahasama Oppo dengan firma rekaan Nendo.



Paling Popular