HarmonyOS 2.0 Untuk Telefon Pintar Akan Dilancarkan Pada 16 Disember

Diterbitkan pada Dis 14, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei berkerat arang dengan Google dan akan menggunakan sistem operasi HarmonyOS buatan sendiri bagi menggantikan Android. Selepas beberapa bulan perancangan mengubah sistem operasi ini diumumkan, Huawei akan akhirnya mengadakan acara khas pada 16 Disember ini untuk melancarkan HarmonyOS 2.0 untuk telefon pintar.

Acara pelancaran versi Beta ini terbuka kepada pembangun terlebih dahulu. Menerusi HarmonyOS 2.0, Huawei akan mempunyai sebuah sistem operasi yang dikawal sepenuhnya oleh mereka tanpa kerisauan akses ditarik kerana perang perdagangan. Kelebihan HarmonyOS terletak pada ekosistem yang telah digunakan pada televisyen pintar, sistem infohibur kereta, telefon pintar, tablet, peranti berhubung, jam tangan pintar dan speaker pintar.

Sebagai antara pasaran utama Huawei di peringkat global, Malaysia mungkin menjadi antara negara terawal akan dapat menggunakan Harmony OS 2.0 kelak. Dengan HMS semakin matang dengan penawaran aplikasi yang bertambah, perubahan ke ekosistem Huawei mungkin dapat dilakukan dengan lancar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami