Carian
Xiaomi Malaysia Mengacah Kehadiran Produk Baru Pada 17 Disember Ini
December 15, 2020 Amy Maizuraa

Xiaomi Malaysia menerusi satu entri di laman Facebook rasmi mereka dilihat mengacah kehadiran produk baru pada khamis ini iaitu 17 Disember 2020. Poster acah turut dikongsi dan ia sedikit sebanyak memberi gambaran kasar mengenai produk berkenaan.

Entri dikongsi memperlihatkan sebuah imej yang berlatar belakang hitam bersama gambaran produk yang berbentuk segi empat seakan menyerupai sebuah jam tangan. Jika diteliti dengan baik, ia turut memperlihatkan rekaan seakan satu butang pada sisi produk tersebut.

Xiaomi bagaimanapun terus menerus berteka-teki mengenainya, tetapi melalui pengunaan slogan #GetSmartGetFit menguatkan lagi spekulasi produk tersebut akan memfokuskan terhadap kecergasan – misalnya seperti jam tangan pintar.

Rasanya, kita boleh menjangkakan ia mungkin adalah Mi Watch Lite yang dilancarkan secara global, baru-baru ini. Ditambah pula, terdapatnya satu laporan menerusi Nextrift yang mengatakan ia didapati telah melepasi laman SIRIM. Namun begitu, ia masih lagi satu spekulasi awal dan segala mengenainya bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.

Komen