Carian
Mi Watch Lite Hadir Dengan Sokongan 11 Mod Sukan, Ketahanan Bateri Sehingga 9 Hari
December 10, 2020 Amy Maizuraa

Xiaomi sebelum ini dilaporkan bakal hadir dengan sebuah lagi jam tangan pintar yang dikenali Mi Watch Lite. Dalam diam-diam, jam tangan tersebut dikatakan telah tersenarai di laman rasmi Mi Global. Dapat dilihat, ia membawakan rekaan dan penawaran spesifikasi yang sama dengan Redmi Watch. Tetapi sedikit berbeza untuk sokongan mod sukan dan ketahanan bateri.

Mi Watch Lite dilengkapi skrin bersaiz 1.4-inci TFT dengan resolusi 320 x 320 piksel. Bateri disertakan adalah sebesar 230mAh dengan ketahanan sehingga 9 hari dalam mod penggunaan biasa atau sehingga 10 jam sekiranya fungsi GPS diaktifkan. Ia juga hadir menawarkan rintangan air sehingga 5ATM. Selain, menyokong sehingga 11 mod sukan berbeza dan sejumlah sensor penjejak kesihatan.

Spesifikasi lain termasuk menyokong sehingga 120 pilihan muka jam, GPS + A-GPS + GLONASS, kawalan untuk pemain muzik dan banyak lagi. Buat masa ini, ia sekadar disenaraikan sahaja dan tiada sebarang maklumat berkaitan harga yang ditemui.

Komen