Cari @ Amanz

Nokia hari ini bukan sahaja memperkenalkan telefon Nokia C1 Plus, tetapi turut memperkenalkan satu lagi telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan, iaitu Nokia 5.4.

Nokia 5.4 hadir dengan skrin 6.39-inci pada resolusi 720×1520 pixel, dijana cip Snapdragon 662, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB.

Untuk rakaman gambar, Nokia 5.4 menggunakan sensor utama 48-megapixel dibelakang, dan dilengkapi dengan sensor 5MP (ultra-lebar), 2MP (kedalaman) dan 2MP (makro). Untuk rakaman swafoto, ia menggunakan sensor 16-megapixel.

Nokia 5.4 ini turut dilengkapi dengan bateri 4000mAh dengan pengecasan 10W. Menariknya, ia turut mempunyai sebuah butang didedikasikan untuk Google Assistant, selain pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Buat masa ini, ia telah diumumkan untuk pasaran Eropah. Mungkin kita akan memperlihatkan pengenalan di negara-negara lain secara berperingkat selepas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd