Carian
Aplikasi Periscope Akan Menghentikan Operasi Bermula Mac 2021
December 16, 2020 Effi Saharudin

Menerusi Periscope, penstriman secara langsung dapat dilakukan oleh orang ramai. Ia antara aplikasi terawal menyokong ciri yang kini sudah menjadi standard pada pelbagai platform media sosial. Periscope hari ini mengumumkan perkhidmatan Periscope sebagai aplikasi kendiri akan dihentikan bermula Mac 2021.

Sokongan aplikasi dihentikan kerana jumlah pengguna yang semakin berkurangan. Pendaftaran akaun baru turut telah dihentikan. Pengguna Periscope diberikan masa sehingga Mac 2021 untuk memuat turun kesemua video yang telah dimuat baik ke platform. Apikasi pula akan ditarik dari semua stor atas talian juga pada Mac 2021.

Kesemua ciri penstriman langsung Periskop kini boleh diakses menerusi aplikasi Twitter. Periscope telah diambil alih oleh Twitter pada tahun 2015 dan aplikasi kendiri pula dilancarkan seminggu selepas pengambilalihan.

Komen