Cari @ Amanz

Google sedia menawarkan perkhidmatan langganan storan awan untuk pengguna tempatan. Melaluinya, sebanyak enam pakej ditawarkan, bermula dengan 100GB, sehinggalah kepada sebesar 30TB.

Kini, selang dua tahun sejak ditawarkan, Google telah mengemaskini harga langganan untuk Google One – tetapi hanya untuk pakej 10TB, 20TB dan juga 30TB.

Sebelum ini, pakej 10TB ditawarkan pada harga langganan RM429.99 sebulan – tetapi kini dikemaskini dan ditawarkan pada harga langganan RM214.99 sebulan.

Perubahan harga juga dilakukan untuk pakej 20TB yang kini berharga RM429.99 sebulan (sebelum ini RM859.99) dan juga pakej 30TB yang kinmi berharga RM644.99 sebulan (sebelum ini berharga RM1289.99 sebulan).

Perubahan ini memperlihatkan potongan 50% untuk para pelanggan Google. Bagi anda yang sedia melanggan pakej ini, harga baru akan dilakukan secara automatik melalui bil bulanan anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd