Beberapa minggu lepas, kita telah melihat Lazada hadir dengan pelan langganan bulanan yang menawarkan sejumlah baucar melaluinya. Kini, selain Lazada, Shopee turut memperkenalkan penawaran mereka tersendiri dinamakan Shopee Savings Pass.
Melalui Shopee Savings Pass, ia menawarkan pas pada harga RM9.75, dan menawarkan satu baucar bernilai RM5 yang boleh digunakan untuk pembelian minima RM40, serta dua baucar penghantaran percuma yang dihadkan kepada RM5.


Baucar menghantaran juga terhad untuk produk yang disokong dibawah khidmat logistik Shopee, seperti J&T, Ninja Van, DHL, Poslaju dan Shopee Express.
Bagi anda yang sering berbelanja di Shopee, boleh menyemak penawaran Shopee Savings Pass ini hari ini.
- Info
- Beli : Shopee Savings Pass