Realme 7 5G Dengan Cip MediaTek Dimensity 800U Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1299

Diterbitkan pada Dis 17, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme kini memperluaskan lagi penawaran siri Realme 7 untuk pengguna di Malaysia dengan memperkenalkan Realme 7 5G. Peranti pintar ini baru sahaja dilancarkan sebentar tadi dengan dua pilihan warna iaitu Flash Silver dan Mist Blue.

Realme 7 5G dilihat hadir dengan sejumlah penambahbaikan lebih menarik berbanding versi standard. Selain itu, ia juga merupakan peranti pintar pertama di Malaysia yang dijanakan dengan cip MediaTek dari siri Dimensity.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan Realme 7 5G pada harga RM1,299 untuk seunit. Jualan pertama bermula esok, 18 Disember 2020 di Lazada dan setiap pembelian didatangkan dengan sejumlah hadiah percuma. Manakala, jualan secara luar talian pula akan bermula 25 Disember 2020 melalui kedai-kedai rasmi dan pengedar sah Realme di seluruh Malaysia.

Untuk spesifikasi, Realme 7 5G dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula tinggi 120Hz. Seterusnya, ia juga menggunakan cip pemproses MediaTek Dimensity 800U (7nm), memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 2-Megapixel (B&W) + 2-Megapixel (makro). Manakala, kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 30W, sambungan port USB-C, pengimbas cap jari di sisi, Bluetooth 5.1 dan banyak lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami