Cari @ Amanz

Netflix adalah platform penstriman video yang popular. Kandungan di dalam Netflix ini dilindungi dengan lesen DRM L1 untuk penstriman HD ke atas dan perlindungan agar ia rakaman skrin atau tangkapan layar tidak boleh dilakukan. Lesen Widevine L1 ini perlu diaktifkan secara manual yang mana adalah kunci unik di dalam Trustzone.

Asus ROG Phone 3

OnePlus 5T pernah mengalami isu ini dan pengguna perlu hantar peranti ke pusat khidmat pelanggan untuk mengaktifkannya. Tetapi, Pocophone berjaya menyelesaikan masalah ini dengan kemaskini perisian sahaja. Terkini, Asus ROG Phone 3 pula mengalami masalah yang sama. Netflix tidak boleh distrim pada resolusi HD ke atas. Paling mengecewakan, ia menerima nasib yang sama dengan OnePlus 5T – tiada kemaskini boleh menyelesaikannya dan perlu hantar ke pusat khidmat pelanggan.

Perkara yang menyebabkan orang ramai marah adalah, lesen Widevine L1 pada awalnya ada sahaja pada peranti Asus ROG Phone 3. Tetapi selepas kemaskini yang terkini, ia berubah menjadi Widevine L3 dan Asus tidak boleh baiki dengan kemaskini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd