Cari @ Amanz

Penggunaan peranti berhubung semakin hari semakin popular. Produk yang popular adalah ekosistem Amazon Alexa dan Google Assistant atau juga Xiaomi Mi Home. Apple HomeKit tidak begitu popular, kerana produk yang terjual masih lagi terhad atau mahal.

Terkini, Google telah hadir dengan satu sistem yang lebih mudah dan hebat. Mana-mana peranti berhubung yang menyokong Google Assistant, akan mempunyai lencana “Works With Hey Google”.

Lencana ini memberitahu pengguna yang produk peranti berhubung tersebut menyokong tambatan pantas dengan Google Home. Berdasarkan video yang Google terbit, pengguna hanya perlu buka aplikasi Google Home, pilih produk, pilih lokasi produk dan terus beri nama produk dan sambungan akan selesai. Ini akan memudahkan pengguna dan tiada lagi langkah yang susah seperti sambung ke wifi, tekan butang itu tekan butang ini, imbas kod QR dan sebagainya.

Buat masa ini, masih tidak banyak produk yang menyokong sambungan pantas ini. Jika anda ingin lihat senarai tersebut, teruskan baca;

Jenama pihak ketiga

Dari Google sendiri

  • Google Home
  • Google Nest Mini (2nd gen)
  • Google Home Mini (1st gen)
  • Google Home Max
  • Google Nest Audio
  • Google Nest Hub
  • Google Nest Hub Max
  • Google Nest Wifi point

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd