Xiaomi sudah lama berkecimpung dalam arena peranti berhubung. Banyak produk rumah pintar mereka yang dilancarkan menyokong pelbagai ekosistem. Seperti di China, ia menyokong Mi Home atau Mijia – tetapi pasaran global adalah melalui Google Home atau juga Apple HomeKit.

Google baru-baru ini memperkenalkan sistem sambungan pantas peranti berhubung yang memudahkan pengguna membuat sambungan. Hanya produk dengan lencana “Works With Hey Google” sahaja boleh membuat sambungan pantas ini. Yeelight, iaitu syarikat di bawah jagaan Xiaomi telah melancarkan Smart LED Bulb M2 – iaitu lampu mentol LED pintar pertama Yeelight yang menyokong “Works With Hey Google”.
Harga jualan lampu ini adalah $29 sahaja, iaitu sekitar RM117. Harganya agak mahal, tetapi jika dijual di Malaysia ia mungkin akan dijual pada harga lebih murah. Sama-sama kita nantikan kehadiran produk ini.