Fungsi Permesejan RCS Kini Tiba Ke Aplikasi Samsung Message

Diterbitkan pada Dis 17, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

RCS adalah pengganti kepada SMS. Ia tidak menggunakan kredit dari telco kerana hanya menggunakan Internet. Ia juga seperti WhatsApp, di mana pengguna boleh menghantar lokasi, imej, gif, pelekat dan banyak lagi. RCS ini boleh dikatakan adalah jawapan Google kepada Apple iMessage.

RCS buat masa ini terhad kepada aplikasi Google Message sahaja dan di Malaysia, penggunaan RCS ini adalah bergantung kepada syarikat telekomunikasi. Dalam ujian kami, Celcom dan Maxis tiada masalah untuk menggunakannya. Dua tahun lepas, Samsung dan Google mula bekerjasama untuk sokongan RCS – tetapi itu pun pengguna Samsung Galaxy masih perlu memasang aplikasi Google Message. Bulan April lepas, Samsung nyatakan yang RCS kelak akan terus terbina di dalam aplikasi permesejan Samsung Message agar lebih memudahkan pengguna.

Terkini, beberapa pengguna mula menerima sokongan RCS melalui aplikasi Samsung Message. Fungsi ini dilihat tiba dalam kemaskini terkini aplikasi Samsung Message. Ada pengguna masih tidak menerima fungsi ini, ini mungkin kemaskini dari bahagian pelayan sahaja dan akan diedarkan secara berperingkat. Dalam aplikasi Samsung Message yang mempunyai fungsi RCS, mesej yang diterima akan tiba dalam kotak dialog berwarna biru dan bukannya hijau.

Kemudian, dalam aplikasi turut akan ada tetapan khas untuk RCS. Dengan kemaskini ini, kelak pengguna Samsung Message boleh menghantar mesej ke pengguna Google Message dengan mudah. Hasrat pengguna Android untuk mempunyai fungsi seakan iMessage tidak lama lagi akan termakbul.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami