Huawei P50 Dilaporkan Akan Dilancarkan Bersama Harmony OS Secara Terbina

Huawei P50 Dilaporkan Akan Dilancarkan Bersama Harmony OS Secara Terbina

Diterbitkan pada Dis 17, 2020 oleh .

Huawei telah pun menawarkan Harmony OS 2.0 Beta untuk telefon pintar sejak semalam, sekaligus membolehkan para pembangun untuk menguji sistem operasi generasi baru. Selari dengannya, kini hadir desas-desus mengatakan Huawei bakal menggunakan Harmony OS pada telefon pintar Huawei P50 akan datang.

Huawei P50 dijangka akan menjadi telefon pintar pertama yang hadir dengan sistem operasi tersebut secara terbina.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Huawei akan menggunakan Harmony OS secara sepenuhnya pada peringkat global, atau hanya untuk penawaran di China sahaja.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan Harmony OS akan turut menyokong ciri menjalankan aplikasi Android. Memandangkan sistem operasi Android pada peranti Huawei tidak menyertakan sokongan aplikasi Google, maka peralihan atau promosi penggunaan Harmony OS untuk peminat jenama Huawei adalah mudah berbanding yang lain.


Paling Popular