Carian
Vivo Dan ZEISS Umum Kerjasama Global Untuk Pengimejan Mudah-Alih
December 17, 2020 Aman

Hari ini, Vivo dan ZEISS telah mengumumkan kerjasama secara rasminya, dan akan membangunkan teknologi pengimejan mudah-alih secara bersama. Seperti ramai sedia maklum, teknologi pengimejan ini akan dimulakan melalui siri Vivo X60 yang bakal hadir tidak lama lagi.

Dengan kerjasama ini juga, Vivo dan ZEISS akan membentuk Vivo ZEISS Imaging Lab – salah satu makmal kajian dan penyelidikkan dalam terus membawa inovasi ke arena pengimejan mudah-alih.

Vivo ZEISS

Vivo turut mengatakan yang mana dengan kerjasama ini, teknologi pengimejan ZEISS akan dapat dinikmati oleh lebih ramai pengguna. Kepakaran kedua-dua pihak akan digunakan dalam terus membawa inovasi baru dalam arena pengimejan.

Buat masa ini, ZEISS masih belum berkongsi berkaitan kerjasama mereka dengan HMD Global, sama ada teknologi dan jenama ZEISS akan digunakan pada telefon Nokia atau tidak.

Komen