Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy S21 Ultra Juga Tertiris

Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy S21 Ultra Juga Tertiris

Diterbitkan pada Dis 18, 2020 oleh .

Semalam imej pengolokan rasmi untuk Samsung Galaxy S21 dan S21+ telahpun tertiris menerusi laman Winfuture. Beberapa jam kemudian menerusi laman yang sama imej pengolokan rasmi Samsung Galaxy S21 Ultra pula tertiris.

Imej dari tiga hadapan, belakang dan sisi yang tertiris ialah dalam warna cerun Phantom Silver dan Phantom Black. Tiada lagi misteri dapat disorokkan lagi kali ini. Jelas kelihatan lima lensa utama pada bahagian belakang dengan bonggol kamera yang besa tetapi tidak terlalu tinggi. Butang laras audio dan kuasa masih lagi di sisi kanan dengan sebuah lubang kamera pada bahagian hadapan.

Peranti ini kelak akan menggunakan Snapdragon 888 atau Exynos 2100 bergantung kepada pasaran yang dipadankan pula dengan memori sebesar 12GB RAM. Tahun hadapan sistem kamera akan dipertingkatkan dengan dua lensa telefoto sama seperti yang digunakan pada P40 Pro+ tahun ini. Samsung dijangka melancarkan siri Galaxy S21 pada 14 Januari hadapan.



Paling Popular