Carian
Spesifikasi Exynos 2100 Tertiris – CPU Lebih Pantas Berbanding Snapdragon 888
December 18, 2020 Effi Saharudin

Exynos 2100 ialah cip yang diharap dapat memberikan persaingan kepada Snapdragon 888 dan Apple A14 Bionic. Kegagalan Exynos 990 tahun ini untuk memberikan saingan menyebabkan peranti yang menggunakannya kurang mendapat sambutan seperti di Malaysia. Cip Exynos 2100 masih belum dilancarkan tetapi spesifikasinya telahpun tertiris.

Menurut ciapan Roland Quandt pagi ini, Exynos 2100 akan menggunakan konfigurasi teras 1+3+4 sama seperti Snapdragon 888. Namun begitu teras utamanya adalah pada kelajuan 2.9 GHz, tri-kelas prestasi tinggi pula pada kelajuan 2.8 GHz dan empat teras kecekapan pula pada kelajuan 2.4 GHz.

Kelajuan kesemua terasnya lebih tinggi berbanding Snapdragon 888 iaitu satu teras 2.84 GHz Kryo 680, tiga teras 2.4 GHz Cortex-A78 dan empat teras 1.8GHz Cortex A55. Exynos 2100 turut dipercayai akan menggunakan teras utama berasaskan Cortex-X1 seperti Snapdragon 888.

Dengan kesemua teras berfungsi pada kelajuan lebih tinggi, Exynos 2100 mungkin akan akhirnya tidak akan kalah kepada pemproses mercu lain. Ini adalah penting bagi pengguna di Malaysia yang pastinya akan menerima Galaxy S21 dengan cip ini tahun hadapan.

Komen