Poco Akan Hadir Dengan Komputer Riba Tersendiri Pula?

Poco Akan Hadir Dengan Komputer Riba Tersendiri Pula?

Diterbitkan pada Dis 18, 2020 oleh .

Poco kini adalah syarikat tersendiri dan bebas dari naungan Xiaomi. Tetapi, sistem operasi peranti masih lagi meminjam dari Xiaomi dengan MIUI for Poco. Turut tidak dinafikan, walaupun Poco adalah jenama sendiri ia pasti masih menerima sokongan dan bantuan dari Xiaomi. Terkini, Poco dilihat ingin kembangkan lagi barisan produk mereka dari telefon pintar ke komputer riba pula.

Nama “Poco” baru-baru ini muncul dalam laman web BIS, yang mana menyenaraikan dua bateri komputer riba. R15B02W dan R14B02W adalah dua nombor model bagi komputer riba dari Poco. Menurut sumber, komputer riba ini mungkin akan dilancarkan seawal tahun ini juga. Xiaomi dan Redmi sudah ada komputer riba tersendiri, masing-masing mempunyai fokus tersendiri, ciri dan fungsi berbeza serta yang paling penting harga jualan yang mampu milik. Tetapi komputer riba Poco ini dilaporkan akan dijual khusus di India sahaja.

Adakah komputer riba Poco ini boleh menjadi komputer riba berkuasa mampu milik? Sama-sama kita nantikan.



Paling Popular