Cari @ Amanz

Kerajaan semalam telah mengumumkan inisiatif Pakej Data Khas SPM / STPM yang ditujukan khusus untuk calon-calon SPM dan STPM, sekaligus memudahkan mereka mengikuti pembelajaran secara atas-talian sehingga tamat peperiksaan pada akhir April 2021 kelak.

Kerajaan sedia mengumumkan lima syarikat telekomunikasi akan menawarkan pakej berkenaan, termasuk Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia.

Menariknya, hari ini SKMM berkongsi lanjut mengenainya. Menurut SKMM, lima syarikat telekomunikasi ini akan menawarkan kemudahan pas data prabayar pada harga RM20 untuk 15GB, dengan tempoh penggunaan selama 30 hari bekerja. Pakej ini bakal ditawarkan bermula 6 Januari 2021 kelak.

Selain itu, YTL pula akan meneruskan program Learning from Home sehingga berakhirnya peperiksaan SPM dan STPM – dimana pelajar boleh menikmati kad SIM dan pakej data 40GB percuma melaluinya. YTL turut menawarkan telefon percuma untuk para pelajar dari golongan B40.

Dengan langkah ini, SKMM berharap calon-calon SPM, STPM dan kumpulan isi rumah B40 dapat memanfaatkan penawaran ini sebaiknya, dan memudahkan lagi proses pembelajaran dari rumah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd