Cari @ Amanz

Disamping pengumuman beberapa inisiatif untuk mengurangkan beban yang ditanggung pelajar SPM dan STPM – seperti penyediaan wifi percuma, penawaran bantuan kredit RM180 seorang, dan kemudahan data 1GB percuma yang dilanjutkan, kini kerajaan turut mengumumkan syarikat telekomunikasi akan menawarkan Pakej Data KHAS SPM/STPM 2021 khusus untuk pelajar SPM dan STPM.

Syarikat telekomunikasi ini dijangka menawarkan pakej mereka ini kepada pelajar bermula 6 Januari 2021 kelak.

Pakej ini akan ditawarkan sehingga tamat peperiksaan pada akhir April 2021 kelak. Maka, ia akan menjadi pakej masa terhad untuk penggunaan selama sekitar 4 bulan.

Buat masa ini, maklumat berkaitan dengan pakej ini masih belum diketahui. Syarikat telekomunikasi dijangka akan berkongsi lanjut mengenainya menjelang 6 Januari 2021 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd