Carian
Apple Menutup Lebih 100 Cawangan Apple Store Di Seluruh Dunia Kerana Wabak COVID-19 Yang Semakin Meningkat
December 21, 2020 Nazrin

Apple dilihat telah menutup lebih banyak kedai-kedai Apple Store mereka akibat wabak COVID-19 yang semakin meningkat, khususnya di Amerika Syarikat dan juga Eropah.

Sebelum ini, kedai-kedai mereka telah ditutup sementara akibat wabak ini, tetapi dibuka semula apabila nombor jangkitan dilihat berkurangan. Akan tetapi, Amerika Syarikat baru-baru ini telah melaporkan jumlah jangkitan terbesar setakat ini.

Oleh kerana ini, Apple mengatakan bahawa mereka akan menutup semua cawangan Apple Store mereka di California, dimana sebelum ini mereka juga telah menutup cawangan-cawangan mereka di bandar Los Angeles sebelum ini.

Amerika bukan satu-satunya negara yang terkesan dengan penutupan ini. Di United Kingdom, sekitar 15 Apple Store didalam kawasan Tier 4 yang paling terkesan dengan wabak COVID-19 ditutup, manakala semua cawangan Apple Store di negara Jerman juga ditutup.

Walaupun begitu, ia juga dilaporkan bahawa 401 daripada 509 kedai Apple Store masih lagi dibuka di seluruh dunia, dengan Singapura membuka cawangan ketiga mereka beberapa bulan yang lalu.

Komen