Cari @ Amanz

iQOO adalah sub-jenama Vivo yang memfokuskan peranti gaming. Harga jualan juga adalah murah berbanding peranti-peranti pesaing, tetapi sayang sekali – peranti ini terhad untuk pasaran China. iQOO boleh dikatakan baru lagi dalam industri telefon pintar, tetapi peranti mercu mereka sudah mencapai lima generasi dan generasi keenam akan tiba tidak lama lagi.

Peranti iQOO seterusnya dikatakan tidak akan mempunyai perubahan besar dan lain-lain akan kelihatan seakan iQOO 5 Pro. iQOO nampaknya melangkau iQOO 6 dan melompat terus ke nama iQOO 7 untuk peranti terbaru mereka. Imej pengolokan rasmi turut dikongsi, yang mana modul kamera dilihat mirip dengan Vivo X50, Vivo V20 Pro dan akan datang Vivo X60. Tidak banyak yang Vivo kongsi, tetapi imej ini dilihat seakan model edisi khas dengan warna putih dan jalur berwarna merah hitam biru. Ini mungkin adalah imej untuk iQOO 7 edisi khas BMW.

iQOO turut mengesahkan yang peranti iQOO 7 adalah peranti rasmi untuk acara KPL, iaitu King Pro League yang diadakan oleh Tencent Games. Peranti ini dilaporkan akan hadir dengan skrin rata dari panel AMOLED, dijana Snapdragon 888, mungkin menyokong pengecasan pantas 120W dan mungkin turut menjalankan sistem operasi terbaru Origin OS berasaskan Android 11.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd