Kini Anda Boleh Mendapatkan Penghawa Dingin Berjenama Nokia – Hanya Di India

Diterbitkan pada Dis 21, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di India, kita telah melihat Flipkart melesenkan jenama Nokia, sekaligus memperkenalkan komputer riba pertama dibawah jenama berkenaan. Selain daripada komputer riba, kinii Flipkart turut membawa jenama Nokia untuk peralatan elektronik yang lain.

Terbaru, Flipkart turut telah menyenaraikan penghawa dingin dilaman mereka, dibawah jenama Nokia.

Penghawa dingiin yang ditawarkan boleh dikatakan adalah penghawa dingin biasa, menawarkan kemudahan untuk menyejukkan ruangan, menyertakan penapis 6-dalam-1, selain sensor pintar untuk memantau pergerakkan bagi mengoptimasikan penyejukkan.

Untuk mengawal penghawa dingin ini juga, pengguna boleh menggunakan telefon pintar sebagai alat kawalan.

Di India, penghawa dingin Nokia ini ditawarkan pada harga Rp30,999 iaitu sekitar RM1700. Penghawa dingin ini hanya terhad untuk pasaran India sahaja buat masa ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami