Sony Xperia 1 II Mula Menerima Android 11 – Masih Tiada Mod 120Hz

Sony Xperia 1 II Mula Menerima Android 11 – Masih Tiada Mod 120Hz

Diterbitkan pada Dis 22, 2020 oleh .

Sony Xperia 1 II mula dijual di Malaysia pada November lalu. Peranti ini akhirnya menerima kemas kini ke Android 11 di Malaysia malam tadi dengan saiz muat turun hampir 1GB. Antara ura-ura yang didengari sebelum ini ialah peranti akan menerima mod 120Hz tetapi nampaknya tidak berlaku.

Ini pastinya sedikit mengecewakan kerana Xperia 5 II dan beberapa lagi peranti mercu keluaran pesaing menyokong kadar segar semula yang tinggi ini. Selain kemas kini ke Android 11, tidak banyak perubahan besar dilihat pada antaramuka peranti. Pembaharuan yang dapat dilihat sama seperti pelancar Android asli lain iaitu menu baru untuk kawalan pelbagai peranti berhubung apabila butang kuasa ditekan lama. Kemas kini boleh dilakukan secara OTA sekarang.



Paling Popular