Carian
Elon Musk Pernah Mempertimbangkan Untuk Jual Tesla Kepada Apple
December 23, 2020 Aman

Elon Musk, hari ini berkongsi mmengatakan beliau pernah mempertimbangkan untuk menjual syarikat kenderaan elektrik beliau, Tesla kepada Apple. Apa pun, Tim Cook dikatakan tidak berminat, mahupun ingin bertemu untuk membincangkannya.

Elon Musk mengatakan beliau pernah mempertimbangkan perkara berkenaan ketika masalah Tesla Model 3 menghantui beliau, dan ingin menawarkan Tesla kepada Apple pada nilai 1/10 berbanding pada hari ini.

Pada masa yang sama, ia diperkatakan Tesla sedia menggunakan bateri generasi baru – lanjutan daripada laporan mengatakan Apple bakal hadir dengan kenderaan elektrik menjelang tahun 2024 kelak.

Komen