“Race” Hanya Kod Nama, Peranti Realme Dengan Snapdragon 888 Dikatakan Siri Baharu

Diterbitkan pada Dis 23, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme merupakan salah satu jenama yang telah disahkan bakal menggunakan cip terkini Qualcomm iaitu Snapdragon 888 pada peranti akan datang mereka kelak. Mereka juga telah mengacah kewujudan peranti berkenaan menerusi satu poster acah dengan kod nama “Race” – yang mana rata-rata beranggapan ia berkemungkinan nama untuk model berkenaan.

Akui menerima pelbagai soalan dan pertanyaan berkaitan perkara berkenaan, Xu Qi Chase selaku Ketua Pegawai Pemasaran Realme menerusi satu entri di Weibo tampil memberi penjelasan. Menurut beliau, “Race” hanya sekadar kod nama dan peranti Realme dengan cip Snapdragon 888 bakal menjadi siri baharu yang hebat. Ini bermakna peranti ini kelak akan mempunyai nama lain. Realme juga berkata, ia bakal diperkenalkan pada tahun hadapan, tetapi mereka tidak pula berkongsi lebih lanjut mengenai tarikh pelancarannya.

Dalam pada itu, peranti ini juga didakwa telah tertiris dalam satu imej pengolokan baharu. Di mana, rekaannya kali ini adalah bertentangan dengan apa yang tertiris sebelum ini. Ia memperlihatkan panel belakang dengan binaan seakan kulit dan modul kamera berbentuk empat segi. Ia bagaimanapun, masih di peringkat ura-ura tetapi kita boleh menyasarkan lebih banyak maklumat tertiris mengenainya bakal dikongsi dalam masa terdekat ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami