OnePlus Nord SE Hanyalah OnePlus Nord Edisi Khas Dengan Kerjasama Seorang Pereka

OnePlus Nord SE Hanyalah OnePlus Nord Edisi Khas Dengan Kerjasama Seorang Pereka

Diterbitkan pada Dis 23, 2020 oleh .

OnePlus sentiasa hadir dengan sebuah peranti edisi khas untuk semua siri peranti mereka. OnePlus One ada kolaborasi dengan JBL, OnePlus 3T dengan Colette, OnePlus 5T dengan Star Wars, OnePlus 6 dengan Avengers, OnePlus 6T dan OnePlus 7T Pro dengan McLaren dan yang terkini OnePlus 8T dengan Cyberpunk 2077. Semuanya peranti mercu. Kini OnePlus telah mula fokus kepada peranti kelas pertengahan, adakah akan ada OnePlus Nord edisi khas?

Jawapannya ada. Bulan lepas, OnePlus dikatakan akan hadir dengan sebuah lagi peranti OnePlus Nord – OnePlus Nord SE. Peranti ini dikatakan akan mempunyai sedikit naik taraf dari bateri dan sokongan pengecasan pantas. Tetapi peniris terkenal @MaxJmb menyatakan yang OnePlus Nord SE hanyalah OnePlus Nord edisi khas sahaja. SE untuk Special Edition. Peranti ini mungkin hanya akan mempunyai sedikit perubahan dari segi warna, rekaan panel belakang atau juga mungkin bahan binaan yang berbeza.

Katanya, OnePlus akan bekerjasama dengan Joshua Vides – yang mana adalah seorang pereka hebat yang pernah bekerjasama dengan jenama mewah seperti Fendi. Gambar acah yang Max kongsi adalah seakan lakaran logo OnePlus dengan tema hitam dan putih – selari dengan gambar-gambar terkini di profil Instagram Joshua. Tiada informasi lagi sama ada adalah ini hanya sekadar rekaan atau akan ada perubahan spesifikasi. Sama-sama kita nantikan.



Paling Popular