Honor sebelum ini adalah jenama di bawah naungan Huawei. Peranti-peranti Honor kebanyakannya dijana dengan cip Kirin, sistem operasi adalah MagicUI yang berasaskan EMUI, gedung aplikasi juga adalah Huawei AppGallery dan banyak lagi elemen Huawei di dalam Honor. Tetapi, Honor kini adalah jenama tersendiri dan tidak lagi bergantung kepada Huawei.
Terkini, Honor dilihat sudah bersedia aktif kembali selepas lama senyap. Honor akan hadir dengan kedai atas talian tersendiri pada Januari 2021, Honor Mall. Sebelum ini, Honor menumpang kedai atas talian Huawei – VMall. Kini mereka adalah jenama sendiri, tidak lagi perlu menumpang kedai Huawei.
Honor Mall dilihat akan menjual sejumlah barangan Honor seperti telefon pintar, tablet, komputer riba dan banyak lagi. Honor Mall turut akan mempunyai aplikasi tersendiri. Honor V40 yang akan dilancarkan tidak lama lagi mungkin akan menjadi peranti yang menjadi tarikan orang ramai untuk melawati laman web ini. Buat masa ini, Honor Mall masih terhad di China. Di Malaysia, Honor sudah pun menjual barangan mereka di laman web tersendiri – iaitu HiHonor. Tidak pasti jika ia akan dijenamakan semula ataupun tidak.