Cari @ Amanz

Sistem menghalang penjejakan iklan pada iPhone telah diumumkan oleh Apple sebelum ini. Ia akan membolehkan pengguna mengawal bagaimana pergerakan mereka di atas talian dijejak oleh laman web serta aplikasi. Hari ini sistem menghalang penjejakan ni mula diaktifkan kepada pengguna iOS 14.4 Beta.

Apabila laman sedang dilayari, sebuah amaran akan muncul pada skrin yang bertanya sama ada pengguna ingin membenarkan diri mereka dijejak. Dua pilihan yang diberikan ialah ya dan tidak. Sistem ini menjadi sumber perbalahan di antara Facebook dan Apple. Facebook mendakwa tindakan Apple ini akan memusnahkan perniagaan kecil kerana iklan tidak dapat disasarkan dengan tepat. Sebelum ini Facebook meramalkan pendapatan pengiklanan mereka mungkin terjejas sehingga 50% kerana pengenalan sistem ini.

Dengan iOS 14.4 Beta telah mula diuji, pengguna iPhone mungkin akan dapat menerima versi akhir di antara Januari dan Februari 2021. Dengan pelbagai kerisauan mengenai privasi sejak dua tahun kebelakangan ini, pilihan yang diberikan Apple amatlah dialu-alukan melainkan anda terlibat dalam industri pengiklanan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd