Carian
Globetrotter Mengubah Skuter Elektrik Menjadi Motor Untuk Kerusi Roda
December 24, 2020 Effi Saharudin

Di Malaysia kerajaan mula mengharamkan penggunaan skuter elektrik di jalan raya bermula 1 Januari 2021 atas sebab-seban keselamatan. Apa yang mungkin berlaku pasca penutupan perkhidmatan sewa basikal tempoh hari ialah lambakan skuter elektrik. Tetapi antara jalan penyelesaian yang boleh diambil ialah mengubahkan menjadi motor elektrik untuk kerusi roda.

Globetrotter adalah pendakap yang disambungkan kepada bahagian hadapan sebuah kerusi roda biasa dan skuter elektrik. Apabila kedua-duanya dikunci, pengguna kerusi roda boleh menggunakan skuter elektrik menjadi motor elektrik. Pergerakan mereka kini tidak lagi terbatas kepada kekuatan tangan untuk memutarkan roda.

Pada waktu ini Globetrotter sedang mengumpulkan dana menerusi lama biayasama KissKissBankBank dan boleh dibeli pada harga bermula dari €490 (~RM2427) sebuah.

Komen