Xiaomi menjadualkan pengenalan telefon pintar mercu terbaru mereka pada minggu hadapan, iaitu Mi 11. Selain penawaran spesifikasi tinggi, Xiaomi juga dilihat akan bekerjasama dengan sejumlah pihak dalam memastikan penawaran yang menarik melalui telefon mercu terbaru mereka itu.
Salah satunya, kini Xiaomi mengumumkan rakan kerjasama mereka, Harman Kardon.

Seperti ramai sedia maklum, Harman Kardon merupakan anak syarikat Samsung Electronics, dan memfokuskan kepada penawaran audio berkualiti tinggi melaluinya. Dengan pengumuman ini, kita akan dapat melihat penawaran kualiti audio yang baik melalui telefon mercu Xiaomi yang terbaru ini.
Disamping itu juga, Xiaomi hari ini telah mengumumkan mereka akan membuang pengecas dari kotak Mi 11 kelak.