Di China Anda Kelak Boleh Didenda RM 60000 Kerana Menghasilkan Video Mukbang

Di China Anda Kelak Boleh Didenda RM 60000 Kerana Menghasilkan Video Mukbang

Diterbitkan pada Dis 28, 2020 oleh .

Trend mukbang iaitu menghasilkan video makan dan minum dalam jumlah yang banyak dimulakan di Korea Selatan tetapi telahpun merebak ke seluruh dunia. Di Malaysia juga terdapat beberapa selebriti YouTube yang hanya menghasilkan video mukbang bagi menjana pendapatan. Di China, ia kelak mungkin akan diharamkan oleh pihak kerajaan.

Kerajaan China ingin menggubal undang-undang yang mengharamkan penghasilan video dan audio mukbang kerana dilihat sebagai menggalakkan pembaziran makanan serta minuman. Pada Ogos lalu Kempen Pinggan Bersih dilancarkan kerajaan China dan akibatnya video mukbang di platform media sosial seperti Douyin mula dikaburkan. Amaran mengatakan kegiatan ini membazir turut dipaparkan. Selebriti mukbang China mula memadam sendiri video yang telah dimuat naik.

Sekiranya undang-undang anti-mukbang ini diluluskan, mereka yang memuat naik video boleh didenda di antara RMB 10,000 – 100,000 (~RM 6212- 62,120). Pengharaman akan dikuatkuasakan di radio, stesen TV, platform video atas talian dan platform audio atas talian.



Paling Popular