Cari @ Amanz

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini berkongsi mengatakan mereka menyasarkan untuk mempunyai sambungan gentian optik pada 1.2 juta premis dan rumah menjelang 2021 kelak.

Sebelum ini, pihak MCMC telah  berkongsi mengatakan sebanyak 435,947 premis telah mempunyai akses ke gentian optik. Ini sekaligus memperlihatkan sasaran untuk tahun 2021 adalah sekitar tiga ke empat kali ganda lebih tinggi berbanding dengan sasaran tahun ini.

Dengan sasaran baru ini, ia boleh dikatakan lebih mencabar untuk dicapai – terutamanya dari segi infrastruktur. Tetapi, dengan sejumlah langkah, perancangan dibawah  program Jendala ini dijangka akan dicapai.

Disamping itu, pada tahun 2021 juga, sasaran liputan rangkaian 4G dijangka akan ditambah lagi, disamping akan menamatkan sokongan rangkaian 3G menjelang penghujun 2021 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd