Bersama-sama pengenalan Xiaomi Mi 11, pihak Xiaomi turut mengikut langkah Apple, dan tidak lagi menyertakan pengecas bersama-sama dengan kotak pembelian. Langkah ini adalah selari dengan apa yang diperkatakan Apple, iaitu ke arah lebih mesra alam, apatah lagi ramai yang sedia memiliki pengecas mereka tersendiri dirumah.
Perkara ini semestinya tidak diminati sejumlah peminat. Menariknya, langkah yang diambil oleh Xiaomi adalah berbeza dengan Apple. Untuk tujuan ini, Xiaomi mengatakan mereka turut menawarkan pengecas 55W GaN secara percuma kepada mereka yang memerlukannya.
Dengan langkah ini, pengguna boleh membuat pilihan sama ada ingin memerlukan pengecas atau tidak – tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos tambahan.
Bagi anda sendiri, apa kata anda berkenaan langkah Xiaomi ini? Adakah ini patut diikuti oleh pengeluar lain?