Selain menjadi peranti pertama di dunia dengan Snapdragon 888, Xiaomi Mi 11 juga hadir dengan satu ciri yang tidak digunakan peranti lain. Ia dilengkapi pengimbas nadi dalam skrin. Pada waktu ini tidak diketahui sistem dari manakah yang dipilih oleh Xiaomi.
Besar kemungkinan pengimbas nadi dalam skrin oleh Qualcomm digunakan kerana tahun lalu kami ada melihat sendiri prototaipnya ketika menghadiri Snapdragon Tech Summit di Hawaii. Tambahan lagi Snapdragon 888 adalah keluaran Qualcomm maka integrasi sistem adalah mudah. Sensor Qualcomm menggabungkan pengimbas cap jari dan nadi di bawah skrin. Ini mampu dilakukan kerana sistem ultrasonik digunakan.
Sebelum ini Samsung ada menyertakan pengimbas nadi pada bahagian belakang tetapi telah dihentikan sejak peranti mula menggunakan pengimbas cap jari dalam skrin.