Cari @ Amanz

Terdapat banyak meme dihasilkan kerana filem Inception arahan Christopher Nolan suatu ketika dahulu. Tetapi jenaka benda dalam benda turut boleh dilihat pada teknologi skrin terkini yang dipatenkan oleh Samsung dan teleh ditemui oleh laman Lets Go Digital.

Samsung mempatenkan teknologi skrin di bawah skrin yang akan melungsur untuk menyorokkan atau mendedahkan sensor kamera yang terletak di bawah skrin. Menerusi teknologi ini, masalah lubang kamera yang ketara pada sistem kamera bawah skrin seperti yang digunakan ZTE Axon 20 5G dapat diselesaikan.

Paten turut menunjukkan kamera bawah skrin yang besar boleh digunakan dan disorokkan dengan mudah. Terdapat sensor sentuhan yang membolehkan pengguna untuk mendedahkan atau menyorokkan kamera apabila diperlukan.

Samsungh telah mempatenkan beberapa teknologi kamera bawah skrin sebelum ini tetapi masih belum bersedia untuk menggunakannya pada peranti sebentar. Terdapat ura-ura ini bakal menjadi realiti pada Galaxy Z Fold3 kelak tetapi masih sekadar spekulasi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd