Carian
AirPods Max Yang Diperbuat Daripada Emas Dijual Pada Harga RM 437,000
December 29, 2020 Effi Saharudin

AirPods Max adalah antara fon kepala nirwayar yang paling mahal di pasaran dengan harga bermula RM2399 sepasang. Tetapi harganya melonjak beberapa kali ganda lebih tinggi selepas menerima sentuhan dari Caviar.

AirPods Max Gold oleh Caviar ditawarkan dengan bahagian logam disadur dengan emas manakala bahagian lain pula menggunakan kulit buaya. Dua warna ditawarkan iaitu putih dan hitam. Tiada perubahan lain dilakukan pada AirPods Max ini kecuali pada kemasan dan bahan yang digunakan. Sekiranya anda berminat Aipods Max Gold ditawarkan pada harga $108,000 (~RM437,000) sepasang.

Walaupun dijual pada harga sebuah rumah teres, AirPods Max Gold masih tidak mempunyai bekas khas magnetik untuk simpanan atau diperbaiki dengan butang mematikannya apabila tidak digunakan.

Komen