Carian
Figura Maskot Realmeow Boleh Dibeli 1 Januari Ini Pada Harga RM429
December 29, 2020 Effi Saharudin

Pada 15 Disember lalu, Realme memperlihatkan maskot terbaru mereka iaitu Realmeow. Semasa pengumuman dilakukan, Realme menghantar figura vinil Maskot berbentuk seekor kucing kuning berkaca mata serta seluar ini kepada semua media. Kami ada menerima soalan dari pembaca yang bertanya sama ada ia akan dijual secara terbuka.

Jawapannya ialah ya pada 1 Januari 2021. Figura Realmeow akan dijual menerusi laman Shopee pada harga RM429 sebuah. Bagi yang betul-betul berminat anda perlu membelinya dengan segera kerana menurut Realme, hanya 800 figura ini akan dihasilkan di peringkat global sekaligus menjadikannya produk edisi terhad.

Komen