Carian
Samsung Akan Meneruskan Pengeluaran LCD Buat Masa Ini
December 29, 2020 Aman

Samsung pada bulan Mac lepas telah mengatakan mereka akan menghentikan pengeluaran panel LCD menjelang penghujung 2020 kelak. Apa pun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, dan permintaan yang meningkat untuk panel monitor dan skrin, pihak Samsung kini mengatakan akan terus melanjutkan pengeluaran LCD buat masa ini.

Samsung tidak memberikan sebarang tempoh berkaitan bilakah mereka akan menamatkan pengeluaran LCD buat masa ini. Tiada sebarang garis masa dinyatakan berkenaan perkara ini.

Samsung mengatakan perubahan ini adalah  disebabkan oleh peralihan pasaran – dan langkah ini mungkin berubah tidak lama lagi.

Samsung menghasilkan panel LCD di Korea Selatan dan China – serta telah menjual pegangan majoriti di China kepada pihak TCL.

Samsung sebelum ini merancang menamatkan pengeluaran LCD, dan memfokuskan kepada penghasilan panel dengan teknologi yang lebih terkini.

Komen