Cari @ Amanz

Xiaomi telah pun memperkenalkan telefon pintar mercu terbaru mereka, dijana cip Snapdragon 888, iaitu Mi 11. Lanjutan daripada pelancaran di China semalam, kini pihak Xiaomi Malaysia mengacah kehadirannya, mengatakan pelancaran global untuk siri Mi 11 bakal diadakan tidak lama lagi.

Xiaomi Mi 11 merupakan telefon pintar mercu terbaru, dilengkapi skrin AMOLED dengan resolusi 2K, menyokong pengimbas nadi disebalik skrin, menyertakan sokongan audio Harman Kardon, dan kamera 108-megapixel.

Dengan pelbagai spesifikasi tinggi, Xiaomi masih mengekalkan harga yang sangat kompetitif di China – dan semestinya perkara sama turut dinantikan ramai untuk pasaran Malaysia.

Xiaomi Mi 11

Pihak Xiaomi Malaysia masih belum memberikan tarikh pelancarannya. Dengan perkongsian gambar acah berkenaan pelancarannya, kita mungkin boleh sasarkan ia berlaku pada Januari 2021 kelak – sekaligs memperlihatkan Xiaomi bersaing dengan Samsung melalui penawaran peranti mercu pada awal 2021 kelak.

Sama-sama kita nantikan, mungkinkah kita akan melihat penawaran pada harga kurang RM2500 seperti di China untuk pasaran Malaysia kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd