Imej Yang Dikatakan Realme Koi Tertiris Ke Arena Web

Imej Yang Dikatakan Realme Koi Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Dis 30, 2020 oleh .

Desas-desus sebelum ini sedia mengatakan Realme telah berkongsi lebih lanjut mengenai siri baharu mereka. Menurut laporan terdahulu, ia dikatakan bakal dikenali sebagai Realme Koi dan dijana cip terkini daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 888.

Dalam perkembangan terkini, beberapa imej sebenar yang didakwa memaparkan rekaan peranti kini tular meluas ke arena web. Menurut sumber, imej tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Weibo dan ia memperlihatkan rekaan pada panel belakang peranti.

Jelas kelihatan, ia mungkin disertakan modul kamera berbentuk segi empat dengan tiga lensa utama yang disusun secara menegak. Perubahan lain juga dapat dilihat pada rekaan lensa utama. Selain, terdapatnya sokongan LED Flash dalam bentuk memanjang. Seterusnya, jika diteliti turut kelihatan tulisan “64MP” – sekaligus memberi bayangan ia akan menggunakan sensor utama 64-Megapixel.

Dalam pada itu, peranti pintar ini turut dikhabarkan hadir dengan sokongan pengecasan pantas 125W – yang didakwa mampu mengecas penuh bateri 4,000mAh sekitar 20 minit sahaja.

Hasil tinjauan kami bagaimanapun mendapati imej-imej tersebut telah dipadam oleh pemilik akaun tersebut. Jadi, lebih baik sekiranya kita menganggap maklumat dikongsi masih di peringkat ura-ura.



Paling Popular