Realme Koi Adalah Siri Peranti Baru Realme – Peranti Pertama Akan Dijana Snapdragon 888

Realme Koi Adalah Siri Peranti Baru Realme – Peranti Pertama Akan Dijana Snapdragon 888

Diterbitkan pada Dis 24, 2020 oleh .

Realme adalah jenama telefon pintar yang masih berada di bawah naungan BBK Electronics, yang sama dengan Oppo dan OnePlus. Mereka sebelum ini banyak fokus kepada peranti kelas pertengahan dan permulaan, hanya tahun lepas baru mereka memperkenalkan peranti mercu. Tahun ini, juga ada beberapa model peranti mercu mereka – tetapi yang ramai nantikan adalah Realme Race.

Realme Race sudah disahkan hanyalah kod nama sahaja. Nama sebenar adalah dalam siri baru. Realme akhirnya mendedahkan yang siri baru peranti mereka adalah Realme Koi. Peranti pertama dalam siri ini adalah peranti mercu yang dijana dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 888.

Ikan Koi dipilih kerana ia adalah ikan yang membawa tuah di China. Bukan itu sahaja, ikan-ikan Koi juga mempunyai rekaan yang cantik, corak yang unik serta warna yang menawan. Peranti Realme Koi turut akan mengambil inspirasi dari ikan Koi untuk rekaan peranti nanti.

Peranti dengan kod nama Realme Race dengan nombor model RMX2022 mungkin adalah peranti Realme Koi. Ia mempunyai memori 12/256 GB, menjalankan sistem operasi Realme UI 2.0 berasaskan Android 11. Imej sebenar peranti “Realme Race” sudah pun memperlihatkan rekaan yang unik dan berbeza dengan peranti Realme lain. Apakah pula kejutan yang akan Realme berikan pada versi akhir peranti ini kelak?



Paling Popular