Adaptive Charging Pada Peranti Pixel Hanya Berfungsi Pada Waktu Tertentu Dan Penggera Wajib Ditetapkan

Adaptive Charging Pada Peranti Pixel Hanya Berfungsi Pada Waktu Tertentu Dan Penggera Wajib Ditetapkan

Diterbitkan pada Dis 30, 2020 oleh .

Pada awal Disember, Google telah mengedarkan kemaskini Pixel Feature Drop kepada peranti-peranti Pixel yang menjalankan Android 11. Antara kemaskini yang menarik adalah fungsi Adaptive Charging, yang mana adalah satu sistem pengecasan yang mana perisian boleh mengawal kuasa pengecasan secara dinamik untuk kesihatan bateri.

Tetapi ada udang di sebalik batu dengan fungsi ini. Ia hanya berfungsi dengan syarat-syarat tertentu sahaja. Tidak pasti kenapa begitu, mungkin kerana Google rasakan itu terbaik untuk pengguna. Fungsi ini hanya akan berfungsi pada pukul 9 malam dan ke atas sahaja. Kemudian, pengguna wajib mempunyai penggera yang ditetapkan pada waktu antara 5 pagi sehingga 10 pagi.

Jika tidak, peranti pengguna akan dicas seperti biasa pada kuasa 18W dan agak “pantas” untuk penuh. Jika fungsi ini diaktifkan, masa pengecasan adalah sangat perlahan kerana ini adalah waktu di mana pengguna tidur dan tidak menggunakan peranti – jadi peranti dicas secara perlahan agar kesihatan bateri terjamin melalui pengaliran kuasa yang lebih efisien. Jika anda tidak gemar dengan fungsi ini, matikannya dengan pergi ke Settings > Battery > Adaptive Battery > Adaptive charging.



Paling Popular