Google Akan Menutup Ciri Cloud Print Pada 1 Januari 2021

Google Akan Menutup Ciri Cloud Print Pada 1 Januari 2021

Diterbitkan pada Dis 30, 2020 oleh .

Google Cloud Print ialah fungsi pencetakan awanan yang diperkenalkan sejak tahun 2010 yang membolehkan pengguna untuk mencetak dokumen, gambar dan sebagainya melalui peranti yang menggunakan sistem operasi Chrome OS.

Walaupun begitu, pada 2017, Google telah memeperkenalkan ciri pencetakan natif tanpa perlu menggunakan Cloud Print ini, dimana pengguna hanya perlu mencari mesin pencetak yang ada didalam rangkaian yang sama untuk mencetak dokumen-dokumen yang diperlukan.

Oleh kerana ini, Google akan mematikan ciri Cloud Print pada 1 Januari 2021 kelak untuk memberi ruang kepada projek-projek lain dan menyelaraskan sistem operasi Chrome OS supaya ia tidak hadir dengan ciri-ciri yang diperlukan.


Paling Popular